Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

Jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik adalah salah satu kerja yang diminati dan popular di kalangan graduan baru atau calon yang layak memohonnya. Jawatan ini banyak persaingan dan kekosongannya pulak terhad, beribu-ribu calon yang menghantar permohonan jawatan tersebut..

Sekiranya anda berminat menceburi kerjaya ini, anda mestilah mempunyai kelayakan akademik yang baik, intergriti, stamina yang kuat, bercita-cita tinggi dan bersedia menghadapi cabaran masa depan negara..

Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik

Secara asasnya jawatan PTD ini digolongkan di bawah Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan Dan Profesional dan diletak di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)..

Kalau anda dipanggil dalam peperiksaan online atau temuduga PTD ini, rasanya anda wajib untuk mengetahui tugas-tugas Pegawai Tadbir Diplomatik. Jangan pergi tanpa membuat reseach terlebih dahulu. Jangan malukan diri anda di depan panel temuduga itu. Aku share sedikit antara tugas jawatan tersebut..
  1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
  2. Pengurusan Kewangan,
  3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
  4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
  5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
  6. Pentadbirandan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
  7. Pengurusan Ekonomi dan
  8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Calon PTD wajib faham bidang tugas jawatan ini dan seeloknya hafal, mana tahu terselit 2-3 soalan dalam peperiksaan nanti. Orang kata baik tahu pada tak tahu langsung, betul kan..

Kelebihan Sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik

Sebagai kerjaya yang glamor jugak, ramai yang berebut-rebut momohon jawatannya. Banyak kelebihan bila bekerja dalam sektor awam ini lebih-lebih lagi sebagai pegawai. Contohnya PTD dan ini antara kelebihannya..

  • Elaun perumahan
  • Cost of living allowance (COLA)
  • Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  • Kenaikan gaji setiap tahun
  • Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan
  • Cuti bersalin
  • Pinjaman perumahan
  • Caruman KWSP atau pencen
  • Bersara pada umur 58 tahun
  • Peluang kenaikan pangkat
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga


Kesimpulan

Itu yang dapat dishare untuk anda-anda semua yang bakal jadi calon PTD. Inginkan info lebih lanjut. Aku sarankan anda dapatkan Pakej Rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik dari Tim Infokerjaya..

Semoga artikel ini menjadi rujukan kepada anda..



Sumber rujukan >> lamankerjaya.com
Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Reviewed by Jie Susanos on 12:34 PG Rating: 5

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.