Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Ye..

Walaupun peperiksaan online untuk Pegawai Tadbir Diplomatik belum di panggil lagi, ini sekadar penkongsian Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik untuk calon-calon yang akan datang yang bertuah disenaraikan..

Entry Terkait : Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Panggilan terakhir untuk peperiksaan PTD M41 pada bulan Januari 2016, kalau ikutkan sebulan yang lepas (setakat artikel ini ditulis). Tahniah pada yang telah lulus, tahniah juga pada TimInfokerjaya yang telah menyediakan rujukan yang awesome..
Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik


Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Okey, kita tak payah sembang panjang-panjang. Aku pun malas nak tulis panjang-panjang..haha..

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik terbahagi kepada 2 seksyen iaitu seksyen A dan seksyen B. Tapi jangan risau ianya bukan soalan yang akan membuatkan korang kena tulis karangan, ianya berbentuk soalan objektif..

Soalan objektif untuk Seksyen A dan Seksyen B : 
  1. Seksyen A - Pengetahuan Am
  2. Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen A - Pengetahuan Am

50 soalan yang di berikan dan masa diperuntukkan selama 45 minit. Bertujuan untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya. Sebelum menjawab exam PTD nanti, harap calon ulangkaji dulu perkara seperti : 

  1. Pengurusan sumber manusia/ infrastruktur
  2. Pentadbiran dan Pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan
  3. Pengurusan sumber ekonomi/ kewangan
  4. Hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri
  5. Pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi
  6. Keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan

Contoh soalan seksyen A - Pengetahuan Am

1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana   Menteri Malaysia, kecuali

A menangani kos sara hidup.
B mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.
C memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.
D meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.


Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah

Diperuntukkan masa 45 minit dan mempunyai 40 soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Dalam seksyen ini calon aku diuji minda dalam menyelesaikan masalah. Antara kaedah seksyen B: 
  • Kemahiran Menggunakan Logik
  • Kemahiran Menginterpretasi Data
  • Konsep Matematik

Contoh Soalan Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah


Setiap bulan, Daud membelanjakan 20% daripada gajinya bagi membayar bil utiliti berjumlah RM100. Sekiranya gaji beliau dinaikkan sebanyak 50%, berapakah jumlah yang perlu dibayar bagi bil utilitinya?

A RM100
B RM150
C RM200
D RM250

Contoh soalan exam PTD Seksyen-B

Ini antara contoh-contoh soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang akan ambil di web-web yang berkaitan, kredit pada tuan punya picture tersebut. walaupun tak banyak tapi harap korang nampak gambarannya..

Kesimpulan


Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ini antara yang sukar untuk calon lulus dan persaingan antara calon memang ramai. Ada peluang dipanggil, persiapkan diri anda dalam mengharungi peperiksan dan di panggil temuduga..


Kalau anda ingin memiliki Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yag lengkap, sila dapatkan dari Tim Infokerjaya. Panduan, rahsia dan tip yang serba lengkap yang telah membantu ramai calon untuk lulus..

Terbukti ramai yang telah berjaya setelah memiliki rujukan tersebut. Buktinya melalui testimoni rujukan mereka..

Dan..

Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik masih belum di buka..

Bila jawatan ini dibuka, secara automatik Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik terus di buka. Kalau ingin memilikinya, klik link yang di sediakan di bawah..


Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Reviewed by jie susanos on 10:23 PTG Rating: 5

1 ulasan:

  1. Wah soalan menguji minda pun ada ya..agak2 macam MV ni boleh blur juga nak jawab soklan matematik tu

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.